Fungsi Utama Masjid4u

Halaman Utama
Maklumat halaman utama dipaparkan bagi memudahkan jemaah untuk mengetahui maklumat baharu yang dikongsikan pihak masjid/surau.
- Waktu Solat
- Tarikh Hijrah & Masihi
- Jam Malaysia & Arab Saudi
- Nama Masjid
- Slide Maklumat
Zon waktu
Zon waktu solat yang disenaraikan adalah mengikut piawaian dan ketetapan yang telah disediakan oleh JAKIM.


Masuk waktu solat
Notifikasi masuk waktu akan dipaparkan dalam bentuk countdown sebelum iqamah dan solat bermula.
Tempoh masa sebelum iqamah untuk setiap waktu solat boleh dikemaskini mengikut kesesuaian.
Mula solat
Notifikasi solat bermula akan dipaparkan secara skrin penuh bagi memudahkan muazzin untuk mula iqamah dan para jemaah bersedia untuk solat.


Khutbah Jumaat
Notifikasi mula khutbah dipaparkan secara skrin penuh bagi memudahkan muazzin dan khatib mula menyampaikan khutbah Jumaat.
Jemaah juga boleh mula untuk diam dan memberikan perhatian kepada khutbah.
Kuliah
Paparan slide maklumat kuliah bersama countdown ke hari dan waktu kuliah akan berlangsung.
- Tajuk Kuliah
- Penerangan Kuliah
- Nama Penyampai
- Nama Kitab Rujukan
- Tarikh, Hari & Masa


Mula kuliah
Notifikasi mula kuliah dipaparkan secara skrin penuh pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.
Jemaah boleh merujuk kepada skrin untuk mengetahui maklumat kuliah yang sedang berlangsung.
Pengumuman
Paparan slide pengumuman bagi membolehkan maklumat disampaikan kepada jemaah mengenai apa jua perkara.
Tarikh dan masa untuk pengumuman adalah pilihan tambahan jika perlu disertakan.


Takwim
Paparan slide mengenai tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam bersama countdown ke tarikh berkaitan.
Tabung
Paparan slide kutipan tabung masjid secara mingguan untuk setiap bulan kalendar Miladi.
Rekod disimpan untuk setiap hari dan jumlah kutipan secara mingguan akan dipaparkan dalam bulan terkini.


Banner/Poster
Paparan banner/poster yang telah disiapkan oleh pihak masjid/surau yang boleh dimuat naik dan dipaparkan kepada jemaah.